Bermula tertubuh dari tahun 1432H/2011M, Klasika Media telah mengorak langkah me…


Bermula tertubuh dari tahun 1432H/2011M, Klasika Media telah mengorak langkah menubuhkan sebuah sharikat sendirian berhad di bawah nama AKADEMI JAWI MALAYSIA SDN BHD pada tahun 2016.

Kewujudan kami berteraskan usaha ‘ilmiyyah mengembangkan persūratan Jāwī yang dipusakai daripada para ulama Melayu-Islam.

Antara usaha kami ialah:

• Menerbitkan semua karya penting dalam tradisi persūratan Jāwī dengan mutu terbaik dan memenuhi tuntutan penerbitan ‘ilmiyyah antarabangsa.
• Menyediakan khidmat penyelidikan dan pengkajian karya persūratan Jāwī sama ada dari segi penyalinan tulisan Jāwī dan perūmīan.
• Mengadakan pelatihan dan pelajaran bagi mendalami falsafah, sejarah dan bahasa Jāwī
• Memberikan khidmat nasihat untuk menghidupkan tradisi persūratan Jāwī dalam cabaran moden semasa.

Ikuti perkembangan terkini kegiatan ke‘ilmuan kami di www.akademijawi.my




Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *