‘Izzat Radzi’s review of KITĀB ĀDĀB PEREMPUAN


Ulasan Kitāb Ādāb Perempuan oleh seorang pembaca di laman Goodreads.

—–
Oleh sebab itu, buku ini adalah utamanya dibaca oleh orang perempuan, akan perihal disebut secara zahir oleh pengarang asal, penulis pengantar dan perumi. Namun begitu, sepertimana telah ramai maklum, isi kandungan pelajaran didalamnya (yang mengandungi 31 Pelajaran) sangat mustahak untuk dipelajari juga oleh kaum lelaki, tidak lupa sama kaum pendidik (akan saya cuba sentuh sedikit dibawah).

Secara mudahnya, susunan pelajaran di dalam Kitab ini adalah secara berkronologi, dari sebelum kahwin (mencari/memilih pasangan), Haqq-haqq suami-isteri dalam perkahwinan, sehingga ke nikah-cerai, lanjut kepada ibu mengandung (lantas bayi kandungan), menyusu (dan bahagian-bahagiannya), penjagaan bayi dan kanak-kanak sehingga ke pengurusan rumahtangga.

Melihatkan hal diatas secara kasar, ya kaum lelaki turut perlu membacanya, kerana yang mengandung itu isterinya, yang dikandung itu anaknya, dan yang perlu menyediakan (atau membantu hal-ehwal) penjagaan isteri dan anak bayinya adalah dia juga.

—–
Kami mengalu-alukan pembaca membuat ulasan di Goodreads. Ulasan selanjutnya boleh dibaca dipautan berikut:

https://www.goodreads.com/review/show/2145371774?book_show_action=false

‘Izzat Radzi’s review of KITĀB ĀDĀB PEREMPUAN

4/5: “Though many have written in newspapers, magazines and books giving guidance to the community on the need to change the manner in which boys are brought up, very few have discussed and indicated the advantages to be found in bringing up girls properly. Since al-Ikhwan was first published we hav…


Source

Posted on: November 13, 2017, by : admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *