Kecelaan Perbuatan Memukul Perempuan Dan pada suatu riwāyat lagi dari Sittinā ‘…


Kecelaan Perbuatan Memukul Perempuan

Dan pada suatu riwāyat lagi dari Sittinā ‘Āishah kepada ‘Abdu’r-Razaq, bersabda Rasūlullāḥ – ṣallā Allāhu ‘alayhi wa sallam:

أمَا يَسْتَحيِ أَحَدُكُمْ أَن يَضْرِبَ اَمْرَأَتَهُ كَمَا يَضْرِبُ العَبْدَ يَضْرِبُهَا أَوَّلَ النَّهَارٍ ثُمَّ يُجَامِعُهَا آخِرُهُ

Ertinya: Tidakkah kamu malu memukul akan perempuan-perempuan seperti kamu memukul sahaya. Kamu pukul akan dia pada siang kemudian kamu tidur bersama-samanya pada malam.

Laki-laki itu jangan lupa kalau dia telah ketahui yang dirinya tak dapat tiada berkehendakkan perempuan, ada bersama-samanya iaitu perkara yang mustaḥaqq pada ḥukum berhimpun di antara laki dengan bini: bersatu seorang dengan lain.

Ingatlah yang perhubungannya itu terlebih quwwat dari perhubungan anggota setengah dengan setengahnya. Maka jika tidak keadaan persatuan itu dari aṣal kejadian (fiṭrī), betapa layak bagi laki-laki itu menjadikan bininya itu seperti tubuh badannya sendiri dan bagaimana pula ia memukul akan dia sama ada dengan cemeti atau tangan?

Sesungguhnya laki-laki yang kehidupannya dengan mulia dan kemurahan itu ṭabī‘atnya tidak sekali-kali suka memperbuat kelakuan yang demikian bahkan tentu sekali ia enggan menjatuhkan mutu orang yang berkenaan dengan kemuliaan dirinya.

Maka ḥadīth ini sequwwat-quwwat perkataan pada mencela perbuatan orang yang memukul perempuan.

– ‘Abdu’Llāh ‘Abdu’r-Raḥmān, Risālah Seruan Kepada Jenis Yang Lembut: Perempuan-Perempuan.

********

*****
Dari penerbit judul terlaris, Kitāb Ādāb Perempuan, Akademi Jawi Malaysia (Klasika Media) bawakan judul Siri Persuratan Jawi terbaharu:

Risālah Seruan Kepada Jenis Yang Lembut: Perempuan-Perempuan

oleh: ‘Abdu’Llāh ‘Abdu’r-Raḥmān al-Johori
ISBN: 9789671474891
Harga: RM55.00
Bil. ms: 347 ms.

Penerbitan bermutu yang dilengkapi dengan
• Pengenalan
• Perūmīan bernota kaki
• Glosari dan Indeks
• Cetakan pada pada kertas berkualiti tinggi

Untuk mendapatkan naskhah anda:

1. Whatsapp:
www.wasap.my/+60194398529
www.wasap.my/+60194398529
www.wasap.my/+60194398529

2. Website:
https://www.kafilahbuku.com/risalah-seruan
https://www.kafilahbuku.com/risalah-seruan
https://www.kafilahbuku.com/risalah-seruan

#risalahperempuan #siripersuratanjawi #adabperempuan




Source

Posted on: November 1, 2017, by : admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *