Klasika Media • Akademi Jawi Malaysia

Falsafah

Menghidupkan, memulihara dan memperkasakan warisan persuratan Jawi di peringkat pengajian tinggi melalui kegiatan pendidikan dan bengkel ilmiah, penerbitan semula karya Jawi dengan wibawa keilmuan yang tinggi, pendigitalan karya Jawi untuk tujuan akses yang lebih meluas dan perundingan khidmat penjawian dan perumian untuk pelbagai badan dan institusi yang berkaitan.

Peng‘amallaksanaan

  • Menekuni konsep-konsep asasi mengenai sejarah dan perkembangan persuratan Jawi
  • Memperkenalkan karya dan tokoh persuratan Jawi kepada masharakat moden
  • Memelihara, membawa dan mengembangkan tradisi persuratan Jawi dalam zaman moden

Keberhasilan

  • Penerbitan Siri Persuratan Jawi
  • Pengajian Ilmu Teras
  • Khidmat Nasihat dan Rundingan Persuratan Jawi